LARI DI SAAT AKHIR: TAHANAN PAKISTAN MASIH DIBURU POLIS

 BANDAR TASIK PUTERI, 12 APRIL  Siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis berhubung kejadian seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melarikan diri ketika dalam tahanan reman dari Penjara Sungai Buloh pada Khamis lalu, sehingga kini suspek masih belum berjaya dikesan dan masih bebas, meskipun operasi pencarian giat dilakukan di seluruh negara termasuk memperketatkan kawalan pintu sempadan bagi mengelak suspek tersebut melarikan diri ke luar negara.

 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata suspek dipercayai masih berada dalam negara dan operasi pencarian sedang diteruskan secara meluas. Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan masih tertumpu dalam negaraDalam kejadian kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, suspek berjaya meloloskan diri ketika proses penghantaran tahanan reman ke Penjara Sungai Buloh oleh Cawangan Pengawal Pengiring Shah AlamSuspek telahselesai menjalani prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam yang berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak, rompakan dan kesalahan imigresen sebelum kejadian berlakuInsiden tersebut berlaku di kawasan padang kawad penjara sebaik sahaja suspek turun dari kenderaan polis.

 

Suspek tersebut dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, yang kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren serta seluar panjang hitam. Orang awam yang mempunyai maklumat sahih berkaitan kedudukan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor C Muhendran, melalui talian 010-4304383 atau hotline ‘Search and Capture’ (03-61401096).

Comments

Popular posts from this blog

ARTEMIS II: LANGKAH PENTING MANUSIA DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

AMARAN CUACA PANAS: PELAJAR BANDAR TASIK PUTERI PERLU BERJAGA-JAGA

KEMALANGAN JALAN RAYA: ANGKA MENINGKAT, NYAWA TERANCAM!