PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
BANDAR TASIK PUTERI, 27 JUN - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (SMKBTP) telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah yang melibatkan tujuh unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Persekutuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Pasukan Kadet Polis (PKP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (KBPM). Pertandingan ini diadakan bagi menguji kemahiran kawad kaki di samping memupuk nilai disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Semasa pertandingan berlangsung, setiap unit beruniform mempamerkan persembahan kawad kaki yang kemas, berdisiplin dan penuh semangat. Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dengan melaksanakan setiap pergerakan secara seragam serta mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua platun. Barisan hakim turut menilai setiap pasukan berdasarkan aspek kekemasan, kete...