ARTEMIS II: LANGKAH PENTING MANUSIA DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

 



BANDAR TASIK PUTERI, 5 APRIL  Sejak dahulu lagi, manusia sentiasa mempunyai minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas. Pelbagai misi telah dilaksanakan bagi mengkaji planet dan objek di angkasa. Antara misi terbaru yang dilaksanakan oleh NASA ialah Artemis II yang merupakan sebahagian daripada usaha manusia untuk kembali meneroka Bulan dan juga bertujuan menguji teknologi baharu sebelum manusia kembali mendarat di Bulan dengan lebih selamat. 

 

Salah satu kepentingan Artemis II ialah untuk menguji sistem penerbangan angkasa dengan kehadiran angkasawan. Misi ini dikendalikan oleh NASA menggunakan kapal angkasa Orion yang dilancarkan oleh roket Space Launch System. Misi ini akan membawa empat orang angkasawan mengelilingi Bulan selama kira-kira 10 hari dan menjadi manusia pertama yang kembali mengelilingi Bulan sejak misi Program Apollo pada tahun 1972. Selain itu, misi ini juga mencipta sejarah kerana melibatkan angkasawan wanita pertama serta angkasawan bukan rakyat Amerika pertama yang akan pergi ke kawasan angkasa lepas jauh. Ujian ini penting bagi memastikan keselamatan angkasawan sebelum misi pendaratan manusia di Bulan dilaksanakan pada masa hadapan melalui misi Artemis III. Sepanjang tempoh tersebut, angkasawan akan menjalankan pelbagai ujian terhadap sistem navigasi, komunikasi dan keselamatan kapal angkasa Orion bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancar dan selamat.

 

Selain itu, Artemis II juga penting kerana misi ini menjadi persediaan kepada misi seterusnya iaitu Artemis III yang bertujuan untuk mendaratkan manusia di Bulan. Kejayaan misi ini akan membuktikan bahawa teknologi moden mampu membawa manusia lebih jauh ke angkasa lepas malah membuka peluang untuk penerokaan planet seperti Marikh pada masa hadapan. Kesimpulannya, Artemis II merupakan satu misi yang sangat penting dalam perkembangan bidang sains dan teknologi. Misi ini bukan sahaja membantu manusia memahami angkasa lepas dengan lebih mendalam tetapi juga membuktikan keupayaan manusia dalam mencipta teknologi yang canggih. Oleh itu, jelaslah bahawa misi ini menjadi satu langkah besar dalam sejarah penerokaan angkasa lepas manusia.

Comments

  1. adakah sebelum ini ada cubaan lain untuk pergi mendarat ke bulan?

    ReplyDelete
  2. They mentioned that they brought along a ball filled with around 4-5 billion names, what did they do to the names?

    ReplyDelete
  3. Siapakah yang mengetuai mengetuai program Artemis ll ini? (Xara)

    ReplyDelete
  4. Berapa lamakah Altemis II mengambil masa untuk berlepas dari bumi ke bulan?

    ijazyy

    ReplyDelete
  5. ini adalah pembaziran wang pembayar cukai rakyat amerika. saya tidak fikir kerajaan telah memperuntukkan dana dengan betul. kita boleh membelanjakan 200$ bilion dalam peperangan dan perbelanjaan angkasa lepas tetapi bukan di dalam bidang kebajikan rakyat mahupun perkhidmatan kesihatan. jangan undi trump!!!

    ReplyDelete
  6. Mengapakah angkasawan mahu mengkaji semula bulan selepas 59 tahun?

    -Shakira

    ReplyDelete

Post a Comment

letakkan nama anda dalam setiap komen.

Popular posts from this blog

AMARAN CUACA PANAS: PELAJAR BANDAR TASIK PUTERI PERLU BERJAGA-JAGA

KEMALANGAN JALAN RAYA: ANGKA MENINGKAT, NYAWA TERANCAM!