Posts

Showing posts from April, 2026

LARI DI SAAT AKHIR: TAHANAN PAKISTAN MASIH DIBURU POLIS

  BANDAR TASIK PUTERI , 12 APRIL  –   Siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis  berhubung kejadian seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melarikan diri  ketika dalam tahanan reman dari Penjara Sungai Buloh  pada Khamis lalu , sehingga kini suspek masih belum berjaya dikesan  dan  masih bebas, meskipun operasi pencarian giat dilakukan di seluruh negara  termasuk  memperketatkan kawalan pintu sempadan  bagi mengelak suspek  tersebut melarikan diri ke luar negara.   Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata  suspek  dipercayai masih berada dalam negara dan operasi pencarian  sedang diteruskan  secara meluas . Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan masih tertumpu dalam negara .  Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang  Khamis lalu, suspek  berjaya  meloloskan diri ketika proses  penghantaran tahanan reman ke Penjara Sungai Buloh ...

Kanak-kanak boleh didenda jika buang sampah merata-rata.

Image
Tanggungjawab Sivik Bermula Seawal Usia Baru-baru ini, satu laporan daripada SAYS Seismik menimbulkan perhatian masyarakat apabila menyatakan bahawa kanak-kanak seawal usia 10 tahun juga boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) jika didapati membuang sampah merata-rata. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani masalah kebersihan awam yang semakin membimbangkan. Malah, pesalah boleh dikenakan kerja pembersihan sehingga 12 jam selain denda, bergantung kepada keputusan mahkamah. Pada pandangan saya, pendekatan ini bukan sekadar hukuman, tetapi satu bentuk pendidikan yang sangat berkesan. Selama ini, denda kewangan mungkin tidak memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang mampu. Namun, apabila pesalah sendiri perlu membersihkan kawasan awam, mereka akan lebih memahami kesan perbuatan mereka terhadap persekitaran. Ini selaras dengan matlamat untuk membentuk sikap bertanggungjawab dan kesedaran sivik dalam jangka panjang. Men...

ARTEMIS II: LANGKAH PENTING MANUSIA DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Image
  BANDAR TASIK PUTERI, 5 APRIL  –   Sejak dahulu lagi, manusia sentiasa mempunyai minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.  Pelbagai misi telah dilaksanakan bagi  mengkaji planet dan objek di angkasa.  Antara misi terbaru  yang dilaksanakan  oleh NASA ialah Artemis II  yang merupakan sebahagian daripada usaha manusia untuk kembali meneroka  Bulan  dan juga bertujuan menguji teknologi baharu sebelum manusia kembali mendarat di Bulan  dengan lebih selamat.    Salah  satu kepentingan Artemis II ialah untuk menguji sistem penerbangan angkasa dengan kehadiran angkasawan . Misi ini dikendalikan oleh NASA menggunakan kapal angkasa Orion  yang dilancarkan  oleh  roket Space Launch System.  Misi ini akan membawa empat orang angkasawan mengelilingi Bulan selama kira-kira 10 hari dan menjadi manusia pertama yang kembali mengelilingi  Bulan sejak misi  Program Apollo  pada tah...