AMARAN CUACA PANAS: PELAJAR BANDAR TASIK PUTERI PERLU BERJAGA-JAGA
BANDAR TASIK PUTERI, 25 MARCH- Sejak kebelakangan ini, dunia berdepan dengan peningkatan suhu yang ketara akibat fenomena El-Nino. Fenomena ini juga telah menjadi faktor utama selain kesan pemanasan global yang berterusan dan harus dititikberatkan bagi mengelakkankesan yang lebih buruk. Menurut Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim, Prof Emeritus Dr Fredolin Tangang, peningkatan suhu global berlaku apabila fenomena ini menyebabkan suhu permukaan laut meningkat melebihi paras purata suhu global. Malah, tahun 2024 telah direkodkan sebagai tahun yang paling panas dengan peningkatan suhu setinggi 1.55 darjah Celsius. Beliau turut menjelaskan bahawa El-Nino boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih kering dan panas dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius, sekali gus meningkatkan risiko kemarau, kebakaran hutan serta jerebu.
Selain itu, peningkatan suhu yang melampau turut memberi kesan kepada kesihatan manusia, yang dapat dilihat melalui peningkatan kes-kes berkaitan cuaca panas di Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan pada tahun 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya peka terhadap simptom awal strok haba seperti pening, dahaga melampau dan peningkatan suhu badan, serta tidak meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula, beberapa kawasan kini berada pada tahap amaran cuaca panas dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 40 darjah Celsius, sekali gus meningkatkan risiko kesihatan terutamanya kepada golongan berisiko.
Sehubungan itu, pelajar-pelajar Bandar Tasik Puteri (BTP) disarankan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim panas ini. Antaranya termasuk minum air secukupnya bagi memastikan tubuh tidak dehidrasi, mengelakkan aktiviti luar pada waktu tengah hari yang panas, memakai pakaian yang ringan dan sesuai untuk mengekalkan keselesaan, serta menjaga kesihatan diri dengan memerhatikan simptom awal strok haba. Dengan menitikberatkan langkah-langkah ini, pelajar dapat kekal sihat dan selamat sepanjang cuaca panas melampau ini.
Oleh: Kamila Jazmina
Pada pendapat saya, murid-murid perlu mengurangkan berjalan-jalan di sekeliling sekolah supaya tidak cepat penat. Selepas itu, murid-murid juga perlu membawa bekalan air sendiri yang
ReplyDeletePada pendapat saya pada untuk mengatasi dari cuaca panas ialah pelajar perlu lah membawa bekalan air sekucupnya supaya setiap pelajar tidak mengalami sebarang penyakit dan terkena strok haba.(Dari Zaim)
ReplyDelete