Posts

Showing posts from June, 2026

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Image
  BANDAR TASIK PUTERI, 27 JUN -  Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (SMKBTP) telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah yang melibatkan tujuh unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BBSM), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Persekutuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Pasukan Kadet Polis  (PKP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (KBPM). Pertandingan ini diadakan bagi menguji kemahiran kawad kaki di samping memupuk nilai disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.   Semasa pertandingan berlangsung, setiap unit beruniform mempamerkan persembahan kawad kaki yang kemas, berdisiplin dan penuh semangat. Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dengan melaksanakan setiap pergerakan secara seragam serta mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua platun. Barisan hakim turut menilai setiap pasukan berdasarkan aspek kekemasan, kete...

KEMUNCULAN BABI HUTAN TARIK PERHATIAN PENDUDUK

  BANDAR TASIK PUTERI, 2 JUN  –   Penduduk  di sebuah kawasan perumahan dikejutkan dengan kehadiran seekor  babi hutan  yang dilihat berkeliaran di sekitar kawasan perumahan  baru-baru ini. Haiwan  tersebut  dipercayai tersesat  dan telah  menarik perhatian penduduk setempat  yang tidak menyangka akan melihat seekor babi hutan di kawasan perumahan merek a .   Walaupun kehadiran  haiwan itu menimbulkan kebimbangan, keadaan masih terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingin i  dilaporkan.   Sehubungan dengan itu, o rang ramai  dinasihatkan supaya tidak menghampiri atau  cuba  menangkap haiwan tersebut. Tindakan ini boleh menyebabkan haiwan berasa terancam dan bertindak secara agresif .  Sebaliknya, penduduk perlu menjaga jarak yang selamat  dan  mengawasi kanak-kanak  serta  haiwan peliharaan bagi mengelakkan sebarang risiko  yang tidak diingini . Selain ...