Posts

Showing posts from March, 2026

KEMALANGAN JALAN RAYA: ANGKA MENINGKAT, NYAWA TERANCAM!

  BANDAR TASIK PUTERI, 29 MARCH -  Ribuan kes kemalangan jalan raya telah direkodkan di seluruh Malaysia dan menjadi satu isu serius yang perlu diberi perhatian kepada semua pihak. Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 25 March  2026,   sebanyak 1,766 kes kemalangan dengan 18 kematian telah dicatatkan , sekali gus menunjukan peningkatan berbanding hari sebelumnya.  Statistik ini jelas membuktikan bahawa tahap keselamatan jalan raya di negara kita masih membimbangkan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak.   Antara punca  utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap cuai pengguna jalan raya .  Terdapat segelintir  pemandu yang memandu secara melulu, tidak mematuhi had laju serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Sikap tidak be r tanggungjawab  ini  meningkatkan  kepada risiko berlakunya kemalangan  jalan raya.  Selain itu, kegagalan pengguna jalan raya  untuk  mematuhi ...

AMARAN CUACA PANAS: PELAJAR BANDAR TASIK PUTERI PERLU BERJAGA-JAGA

  BANDAR TASIK PUTERI , 25 MARCH-  Sejak  kebelakangan in i, dunia berdepan dengan peningkatan suhu yang ketara akibat fenomena El-Nino .   Fenomena  ini  juga  telah menjadi  faktor utama selain   kesan pemanasan global yang berterusan  dan  harus dititikberatkan bagi  mengelak kan kesan yang lebih buruk .  Menurut Pakar  Klimatologi dan Perubahan Iklim,   Prof  Emeritus Dr Fredolin Tangang ,  peningkatan suhu global berlaku  apabila fenomena ini  menyebabkan suhu permukaan laut m eningkat melebihi paras  purata suhu global .  Malah, tahun 2024 telah direkodkan sebagai tahun yang paling panas dengan peningkatan suhu  se tinggi  1.55 darjah  C elsius .  Beliau turut menjelaskan bahawa El-Nino boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih kering dan panas dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius, sekali gus meningkatkan risiko kemarau, kebakaran hutan serta...

TRADISI KUIH RAYA SEMAKIN DILUPAKAN, BENARKAH KERANA KESIBUKAN?

  BANDAR TASIK PUTERI, 23 MAC – Suatu ketika dahulu, dapur rumah pasti dipenuhi dengan aroma harum kuih raya yang dibuat bersama ahli keluarga menjelang Aidilfitri. Namun begitu, tradisi ini semakin pudar apabila masyarakat lebih gemar membeli kuih raya yang dijual secara komersial. Persoalannya, mengapakah tradisi membuat kuih raya bersama keluarga semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini? Adakah kesibukan hidup menjadi alasan utama atau masyarakat kini lebih mengutamakan kemudahan dengan membeli kuih raya secara komersial? Isu ini seharusnya dititikberatkan kerana kesannya boleh menjejaskan hubungan antara ahli keluarga.   Faktor utama yang menyumbang kepada fenomena ini ialah kesibukan masyarakat dalam arus kehidupan moden. Kesibukan ibu bapa dalam tanggungjawab pekerjaan harian sehingga mereka tidak mempunyai masa terluang untuk membuat kuih raya buatan sendiri bersama keluarga. Selain itu, generasi muda hari ini menunjukkan kurang berminat untuk mempelajari cara membu...

BAHAYA AKTIVITI MEREMPIT DALAM KALANGAN REMAJA

  BANDAR TASIK PUTERI , 14 MAC – Gejala merempit menjadi kebimbangan masyarakat kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan keselamatan remaja yang suka menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya.   Menurut pihak berkuasa , kegiatan merempit semakin meningkat dalam kalangan remaja dan perlu dibendung segera. Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan kemalangan jalan raya dan kecederaan serius kepada remaja. Tambahan pula, aktiviti merempit boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap golongan remaja.   Oleh itu, semua pihak termasuklah ibu bapa , sekolah dan pihak berkuasa perlu bekerjasama bagi mencegah aktiviti merempit dalam kalangan remaja. Oleh: Kamila Jazmina