KEMALANGAN JALAN RAYA: ANGKA MENINGKAT, NYAWA TERANCAM!

 BANDAR TASIK PUTERI, 29 MARCH - Ribuan kes kemalangan jalan raya telah direkodkan di seluruh Malaysia dan menjadi satu isu serius yang perlu diberi perhatian kepada semua pihak. Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 25 March 2026, sebanyak 1,766 kes kemalangan dengan 18 kematian telah dicatatkan, sekali gus menunjukan peningkatan berbanding hari sebelumnya. Statistik ini jelas membuktikan bahawa tahap keselamatan jalan raya di negara kita masih membimbangkan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak.

 

Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap cuai pengguna jalan rayaTerdapat segelintir pemandu yang memandu secara melulu, tidak mematuhi had laju serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Sikap tidak bertanggungjawab ini meningkatkan kepada risiko berlakunya kemalangan jalan raya. Selain itu, kegagalan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas juga menjadi punca kemalangan. Sebagai contoh, terdapat pemandu yang melanggar lampu isyarat merah, tidak memakai tali pinggang keledar dan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Perkara ini jelas menunjukkan kurangnya kesedaran tentang kepentingan keselamatan. Seterusnya, faktor keletihan dan mengantuk ketika memandu juga menjadi punca kemalangan jalan raya. Pemandu yang tidak mendapat rehat yang mencukupi akan hilang fokus dan menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan dengan baik tanpa berhenti berehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

 

Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, kita perlulah sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang jalan raya. Sikap kecuaian pengguna jalan raya harus dielakkan kerana boleh memberi pelbagai kesan negatif kepada masyarakat seperti kehilangan nyawa, kecederaaserius serta trauma kepada mangsa dan keluarga mereka. Tambahan pula, kemalangan juga menyebabkan kerugian harta benda dan meningkatkan kos perubatan. Oleh itu, semua pengguna jalan raya haruslah sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan sikap berhati-hati semasa memandu agar keselamatan semua pihak dapat dijamin.


Oleh: Kamila Jazmina

Comments

  1. mengapakah masih ramai orang merempit walaupun sudah tahu tidak memberi sebarang kebaikan manakala lebih memberi impak buruk untuk diri



    Zarep

    ReplyDelete

Post a Comment

letakkan nama anda dalam setiap komen.

Popular posts from this blog

ARTEMIS II: LANGKAH PENTING MANUSIA DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

AMARAN CUACA PANAS: PELAJAR BANDAR TASIK PUTERI PERLU BERJAGA-JAGA