BAHAYA AKTIVITI MEREMPIT DALAM KALANGAN REMAJA


 BANDAR TASIK PUTERI, 14 MAC – Gejala merempit menjadi kebimbangan masyarakat kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan keselamatan remaja yang suka menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya.

 

Menurut pihak berkuasa, kegiatan merempit semakin meningkat dalam kalangan remaja dan perlu dibendung segera. Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan kemalangan jalan raya dan kecederaan serius kepada remaja. Tambahan pula, aktiviti merempit boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap golongan remaja.

 

Oleh itu, semua pihak termasuklah ibu bapa, sekolah dan pihak berkuasa perlu bekerjasama bagi mencegah aktiviti merempit dalam kalangan remaja.


Oleh: Kamila Jazmina



Comments

Popular posts from this blog

ARTEMIS II: LANGKAH PENTING MANUSIA DALAM PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

AMARAN CUACA PANAS: PELAJAR BANDAR TASIK PUTERI PERLU BERJAGA-JAGA

KEMALANGAN JALAN RAYA: ANGKA MENINGKAT, NYAWA TERANCAM!